Berikut disiarkan contoh dari sebuah masjid lama yang sarat dengan 2 unsur yang saya ingin utarakan di sini iaitu teknologi dan seni.
Jarang dapat diketemui tiang kayu yang diukir sebegini pada sudut bawahnya. Kebiasaannya hanya bucu tiang diukir secara mudah atau dilicinkan sahaja dengan motif2 biasa bagi menghilangkan ketajaman bucunya. Namun begitu dengan sedikit tambahan kerawa bermotifkan flora , tiang ini menjadi unik.
Teknologi lama dalam pembinaan kasau(roof truss) dan penjimatan ruang dengan tidak menggunakan tiang. Penggunaan teknologi 'buah gutong' dapat membuang kegunaan tiang yang akhirnya memberikan ruang yang bebas dari gangguan tiang.
Dinding yang dibina dari kayu /papan padu.(kebiasaan motif sebegini digunakan oleh golongan2 bangsawan)foto2 dari raykinzoku fotopage
No comments:
Post a Comment